TEROKA
PENGEMBARAAN
MENAKJUBKAN

PILIH PENGEMBARAAN
ANDA

JENIS-JENIS LAWATAN
Tempat Menarik
Kebudayaan & Warisan
Kembara
STEM & Ekopelancongan

LAWATAN PENDIDIKAN KAMI

Struktur & Landskap

Lawat struktur dan landskap Malaysia yang pasti pelbagai dan “insta-worthy” seperti Menara Berkembar Petronas yang tingginya 452m. ke landskap-landskap semulajadi seperti Batu Caves yang berusia 400 juta tahun, atau Gua Tempurung, gua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. 

Pusat-pusat Kraf

Pelajari keunikan kraftangan Malaysia. Pusat-pusat kraf negeri mengelola aktiviti-aktiviti menarik seperti mencanting batik, menenun, membuat barang-barang kemas dan tembikar.  Anda boleh mencuba mencanting batik atau melihat kemahiran para artisan mencipta barangan-barangan indah dari perak dan tembaga. 

Makanan & Tempat-tempat Makan

Pelajari tentang makanan tempatan dan tempat-tempat menarik untuk makan. Nikmati kenikmatan pelbagai masakan dari seluruh pelusuk negara, dari gerai makan hingga ke fine dining, sama ada makanan jalanan Pulau Pinang, juadah kenduri Melaka atau masakan pelbagai rasa di Kuala Lumpur - semuanya menghidangkan pengalaman gastronomi yang tersendiri. 

Aktiviti Santai

Membeli-belah dan menjamu selera adalah dua aktiviti santai yang paling popular di Malaysia. Jonker Street, Melaka dan Concubine Lane, Ipoh bukan sahaja terkenal dengan kedai-kedai antik dan mercu tanda bersejarah, bahkan lorong-lorang ini juga meriah di waktu malam dengan pasar malam, kafe dan kedai makan yang pelbagai.

Tapak Warisan Dunia UNESCO (Malaysia)

Terdapat empat Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia untuk diterokai. Tempat-tempat ini termasuk senibina cantik Bandar-bandar Bersejarah Selat Melaka (Melaka dan Georgetown), Gunung Kinabalu yang indah, gua-gua menarik di Taman Negara Gunung Mulu dan penemuan luarbiasa prasejarah Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Perak. 

Budaya Tempatan & Orang Asli

Selami alunan irama muzik tradisional Malaysia. Goyang bersama rentak gendang Urumee Melum, menari bersama alunan Kuda Kepang yang memukau, atau tonton persembahan tradisional yang semakin pupus seperti Mak Yong. Fahami nadi masyarakat melalui kesenian dan kebudayaan mereka. 

Laluan Warisan Bandar

Terokai warisan dan sorotan Malaysia sambil berjalan. Selain melawat bangunan-bangunan bersejarah dan tempat-tempat menarik, anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan di pusat-pusat bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. 

Pengalaman Homestay

Nikmati keseronokan tinggal di kampung. Bermalam di Rumah Panjang Iban. Tuai padi bersama para petani. Petik rambutan di dusun. Sertai pelbagai aktiviti dalam atau luar rumah seperti congkak, gasing, wau dan sepak raga. 

Pengembaraan Marin

Kami mempunyai aktiviti air untuk semua orang, dari aktiviti yang menanjakkan adrenalin seperti jet ski atau wakeboarding di Langkawi, selaman skuba atau snorkeling di Pulau Tioman, atau pelayaran santai di Sungai Melaka.

Pengembaraan Skytrex

Kagumilah keajaiban hutan hujan tropika Malaysia 25 meter dari aras tanah. Pengembaraan Skytrex membawa anda meredah hutan di Sungai Congkak dan Langkawi. Anda boleh berjalan, merangkak, meluncur atau menghayun dari pokok ke pokok dengan selamat melalui cabaran ketinggian yang berbeza.

Pengembaraan Batu Kapur

Berjalan di atas formasi batu kuno di mana stalaktit tumbuh pada kadar 1 inci setiap 200 tahun secara purata ketika anda meneroka gua-gua batu kapur purba di Gua Tempurung, nikmati malam yang santai di Taman Rekreasi Gunung Lang, atau lawati kuil-kuil gua cantik seperti di Gua Tong Perak.

Trek Mudah

Ikuti trek mudah untuk menikmati alam semula jadi. Saksikan matahari terbit yang indah di Bukit Broga atau melihat vista Kuala Lumpur dari kawsan tinggi di Taman Eko Hutan KL. Kagumilah keajaiban kelip-kelip di Kampung Kuantan, atau air mata biru fosforus di Sungai Kuala Selangor. 

Taman Geoforest

Pelajari tentang pemuliharaan geoheritage, geodiversiti dan biodiversiti di tapak-tapak geopark yang diiktiraf UNESCO di Malaysia, seperti Geopark Global UNESCO Langkawi. Kepulauan Langkawi mempunyai rekod geologi Palaeozoic (540 juta hingga 250 juta tahun) yang paling tua dan lengkap di rantau ini. Geopark lain di Malaysia setakat ini ialah Geopark Lembah Kinta dan Geopark Jerai.

Paya Bakau

Fahami kepentingan paya bakau pantai dan padang rumput laut dalam pemuliharaan flora dan fauna. Malaysia mempunyai 7 kawasan Daftar RAMSAR Kepentingan Antarabangsa, antaranya Tasik Bera di Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup, dan Sungai Pulai di Johor; Tanah Lembap Kuching di Sarawak; dan Lembah Rendah Kinabatangan-Segama, dan Kota Kinabalu Wetlands di Sabah.

Santuari Hidupan Liar

Perhatikan spesis-spesis dilindungi di habitat semulajadi mereka di santuari dan pusat pemuliharaan haiwan seperti di Pulau Orang Utan Bukit Merah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun (tapir), dan Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo. Cuba tinjau spesis burung-burung harung yang terancam seperti bangau dan burung pucung di hutan bakau dan kawasan paya di Santuari Burung Kuala Gula, Perak. 

Treking Hutan Hujan

Percaya atau tidak, hutan tropika Malaysia adalah antara yang tertua di dunia, malahan lebih tua daripada hutan Amazon. Terokai hutan hujan tropika yang rimbun di Malaysia. Teruskan pengembaraan di Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, Taman Negara Di Pahang, Taman Negara Gunung Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Endau Rompin di Johor. 

Climate

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Doloremque ratione fuga dignissimos impedit nihil tempora maxime in a, sequi adipisci reprehenderit nemo et nostrum debitis aut omnis, dolor sit, explicabo.

Public Transport

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Repudiandae mollitia sed molestiae nihil fuga, ea quaerat placeat et saepe asperiores ut eum dolore, obcaecati cumque voluptate rerum velit vero a!

Internet

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Quis veniam, excepturi numquam provident ad ipsa, atque tempore, maiores iure omnis quasi soluta, fugiat ut mollitia cumque voluptate dolor quisquam. Saepe.

Money

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Id doloremque blanditiis magnam provident inventore ipsam qui consectetur adipisci, reprehenderit officiis labore voluptas atque saepe! Distinctio nihil voluptates commodi, iste nulla.

PERJALANAN SERIBU BATU
BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Lao Tzu

LANGGANI
BULETIN KAMI

Nikmati tawaran luar biasa yang dikhaskan secara eksklusif untuk ahli MyGLOMAD, diikuti dengan pendaftaran automatik Malaysian Airlines MHExplorer.

ALAMAT

Global Nomad Sdn Bhd
(202001006156)
27-2 , Jalan USJ 9/5Q
Subang Jaya Business Centre 47620 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

HUBUNGI KAMI

+6013 621 4473

IKUTI KAMI