TENTANG KAMI

MISI KAMI

Menawarkan pengalaman pengembaraan yang memperkayakan hidup pelajar melalui lawatan pendidikan yang menyeluruh.

VISI KAMI

Untuk mengembangkan minda warga muda melangkaui keterbatasan sempadan.

GLOBAL NOMAD

Ditubuhkan di Kuala Lumpur, GLOMAD mengkhusus dalam program Lawatan Pendidikan (EduTour) untuk pelajar, membawa mereka ke lokasi-lokasi yang menarik dan luar biasa di Malaysia pada harga terbaik. Kami bekerjasama rapat dengan para pendidik dalam penelitian dan perancangan lawatan dan jadual perjalanan berasaskan objektif pembelajaran tertentu untuk meluaskan perspektif pelajar.

PENGASAS

KAPTEN NASIHAT

LYNDA HUSSAIN

Pegangan idealis pada konsep pengembaraan sejak kecil telah mendorong Lynda untuk memetakan kariernya dengan syarikat penerbangan dan pelancongan, dan ini membolehkannya menghabiskan hampir 22 tahun melawati beberapa tempat di dunia.

Dengan kepercayaan bahawa mengembara bisa merubah kehidupan, keinginan utamanya adalah untuk sedaya upaya mewujudkan barisan warga global yang lebih bertanggungjawab yang dapat memberi impak positif pada masa hadapan. Untuk merealisasikannya, GLOMAD ditubuhkan dengan sasaran agar ia bakal menjadi syarikat pelancongan pendidikan Terunggul di Malaysia.

Di masa lapang beliau menggemari kegiatan luar, muzik, filosofi, dan menganjurkan jamuan makan atau bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sambil mengambil tahu perkembangan terkini mereka dan mengeratkan silaturahim. 

PASUKAN KAMI

N DEE

NAKHODA SEMANGAT,
Bimbingan & Latihan

N Dee adalah Jurulatih Bertauliah KWPSM. Beliau berdedikasi bagi menerapkan aspek-aspek psikologi, empati, dan aspek pengurusan kemanusian pada setiap latihan dan projek-projeknya. Beliau gemar memandu setiap kali mahu menenangkan minda atau mendapatkan inspirasi dan amat suka meluangkan masa bersama-sama anak-anak lelakinya.

ADLINA KAMAL

PUTERI ILHAM,
Projek & Komunikasi

Adlina berpengalaman bekerja dalam pelbagai industri termasuk bersama syarikat penerbangan, bahagian pengurusan kesihatan dan spa, pengendalian acara serta perhubungan awam. Bila tidak menggunakan komputernya, beliau menghabiskan masa lapang keluar mengekplorasi laluan-laluan berbasikal baru dan sentiasa mencuba mengamalkan gaya hidup yang sihat.

SUZY ISMA

NINJA OPERASI,
Program & Pemasaran

Suzy mengawal selia program dan mengawasi keperluan semua pelanggan kami. Sebelum ini beliau berpengalaman memegang beberapa peranan dalam bidang pengiklanan, muzik, dan perhubungan awam. Tidak mengejutkan bilamana minat utamanya terletak pada pengacaraan dan muzik. Beliau juga prihatin dalam membela nasib kucing jalanan.

SHIDEE

NUJUM MIMPI,
Kreatif

Rhashidi adalah pengawai kreatif dalaman kami. Sebelum bergabung dengan Glomad, beliau berperanan sebagai Pengarah Seni di sebuah agensi pengiklanan. Sebagai seorang jurugambar beraspirasi, beliau gemar mengambil gambar-gambar alam semulajadi sewaktu melancong.

KAMI "AWESOME" KERANA KAMI...

PROFESIONAL

Program kami direka oleh sekumpulan profesional kreatif dari pelbagai sektor yang terdiri daripada pelancongan, penerbangan, perhotelan, perniagaan dan sains komputer. 

BERPENGALAMAN LUAS

Pasukan kami yang bersemangat telah bertahun-tahun banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk pelbagai industri dan saiz. Bersama-sama dengan rakan kongsi, kami memastikan lawatan kami selesa, selamat, dan bermakna. 

BERSEMANGAT TINGGI

Pasukan kami bersemangat tinggi. Kami benar-benar suka mengembara dan ingin berkongsi pengalaman kami dengan orang lain. Program pendidikan kami menyeronokkan dan mendalam.

ALAMAT

Global Nomad Sdn Bhd
(202001006156)
27-2 , Jalan USJ 9/5Q
Subang Jaya Business Centre 47620 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

HUBUNGI KAMI

+6013 621 4473

IKUTI KAMI