Pengembaraan Inspirasi Hidup
Malaysia, sebuah negara indah, merangsang setiap sensori pengunjung dengan pemandangannya yang menakjubkan, kekayaan sejarahnya, serta beberapa mercu tanda yang terkenal di Asia.
Global Nomad (GLOMAD) membawa pengunjung mengenali Malaysia dengan cara unik melalui penghayatan pada terapan budaya tempatan, lawatan ke bandar-bandar yang menarik dan pantainya yang indah, sambil mempelajari kemahiran baru. Lawatan merangkumi tempat-tempat yang wajib dilawati seperti bandaraya Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh, Melaka serta permata-permata tersembunyi yang jarang dilawati seperti Pulau Perhentian, Lembah Danum, Sky Mirror dan banyak lagi!
Kami bekerjasama dengan para pendidik untuk memperincikan dengan teliti kombinasi setiap program lawatan sambil belajar yang ditawarkan, khusus untuk penuntut- penuntut global kami. Lawatan pendidikan kami yang mengujakan, memastikan para pelajar dapat melanjutkan pengalaman lawatan sambil belajar mereka hingga ke luar kelas, sambil melakar kenangan indah dan abadi di Malaysia.
Hayati pengalaman Malaysia yang sebenarnya sambil meneroka tempat-tempat baru dan mengenali masyarakat setempat.
Perancangan dipermudahkan di mana kami menyesuaikan jadual perjalanan berdasarkan objektif pembelajaran anda.
Tingkatkan keyakinan, pupukkan kerja berpasukan, dan dapatkan pencerahan melalui program-program yang kami kurasi.
KAMI MEMUDAHKAN PERANCANGAN PERJALANAN ANDA
PAKAR-PAKAR PERJALANAN KAMI BERPENGALAMAN
KAMI MENGUTAMAKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN & KESIHATAN
PROGRAM KAMI SANGAT MENYERONOKKAN & MEMBERIKAN PULANGAN NILAI UNTUK WANG ANDA
Global Nomad Sdn.Bhd. bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk mempromosi dan memasarkan program MH Explorer. Pada bulan Oktober 2018, Malaysia Airlines (MAS) menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang menawarkan program perjalanan pelajar digital sepenuhnya yang dipanggil MHexplorer. Program ini memudahkan para pelajar mengurus dan merancang perjalanan mereka sendiri.
Nikmati tawaran luarbiasa eksklusif kami untuk ahli MyGLOMAD, bersama pendaftaran automatik ke Malaysian Airlines MHExplorer.
IKUTI KAMI